Thursday, October 25, 2007

Raya , Raya , Raya

Menci laa aku ngan blog nih. Banyak hari tau try nak update tak buleh...dengki ngan aku ke ape? Orang lain update bleh jek . Abih kering kontang dah idea aku dibuatnye.

By the way, nak cite pasal raya. tapi malas nak type banyak-banyak la. kite buat cerita bergambar la ek .

Banyak gambar lupa nak snap laa..gambar kuih raya, ketupat, rendang..alerr..tension..nak kena tunggu raya haji la plak nih..

Ok la...
mula dengan malam raya. Kami standby tunggu org dtg takbir sambil gosok baju nak pakai di pagi raya + kemas2 ape yg patut



lepas takbir, makan le..

Pagi raya . aku tak tido langsung malam tu ..modified langsir ngan ayah aku ..+ kukus kek lapis ...sib baik pagi raya tu mata aku tak jadik mcm mata burung hantu
lepas brekafast pi solat raya kat tangga batu. bawak nenek aku skali. Penuhnye masjiddddd. lama plak tu nak settle .sengal lutut aku tau !

me and nenek

mommy

solat raya kat tangga batu abih lambat laa...lepas solat rush balik sg udang plak . sampai rumah tgk jiran seblah dah dtg bertandang dah. lepas diorang balik, kami pun mulakan sesi wajib pagi raya yg syahdu syahdan. salam ngan mak ayah mohon ampun maaf. ade la adegan air mata time nih. lepas tu amik gambar satu family. pakai self timer jek.


me, minta maaf dgn ayah


followed by my sisters and brother


My Family


My Parents


6 of us

Lepas tu kami pun rush balik rumah nenek kat tangga batu.


sampai jek kat rumah nenek, bergambar dulu


chit chat raya 2007


adik-adikku ...beratur for duit raya ..


my sweet cousin.. banyak dpt duit raya ker?


makan lagi..

ngantuk laa. To be continued..

Tuesday, October 09, 2007

Burung ape tu Nak ??

Korang mesti perasan tajuk blog aku tu aku cedok drp iklan raya yg tgh meletup2 kat TV skarang nih..
Iklan petronas. huhuh..1st time aku tingok aku tersentap.Kenapa? Sebab aku tau aku bukan anak yang baik sangat. Aku tau aku aku banyaaaakkkk sangat susahkan hati mak ayah aku. Aku selalu buat diorang risau dan aku selalu timbunkan diorang dengan berbagai-bagai masalah dan konflik. Dan aku akui, sejak-sejak aku dah byk umur nih, aku suka buat keputusan sendiri tanpa fikirkan orang lain. Dan akhirnya, semua tu memakan diri aku sendiri. Menyesal? Takde maknanye.

Aku merancang untuk bermula semula lepas Aidilfitri ini. Ramadhan buat aku banyak berfikir dan aku harap Aidilfitri yang akan datang bakal membawa sinar baru dalam hidupku.

Kepada semua pengunjung blog ini, Nina-syazna menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada coretan yang menyinggung perasaan kalian. Semoga bergumbira di Hari Raya.

Visual Poetry - ImageChef.com

Wednesday, October 03, 2007

Jangan Cepat Marah!!!

Jangan cepat marah . Macam lagu Aznil.
Aku pun selalu cakap dgn diri aku jgn cepat marah. Di penghujung Ramadhan ni aku dah gagal kawal rasa marah aku. Cepat sangat nak marah dan melenting. Isk. Benda kecik2 pun bleh buat aku naik angin. And some people punye perangai pun macam cabar2 jek suruh aku naik angin. Bila aku dah naik angin aku mula la nak cakap benda yang tah ape-ape dan nak hentak2 barang. Grrrr.....

Di saat ini aku dah agak cool sikit tapi aku masih fikir lagik apesal laaa aku cepat sangat nak marah nih? Letih ke? Tertekan ke? Aku rase aku kena masuk kelas Anger Management kalau aku tak bleh control jugak perangai buruk aku yang satu nih.

Monday, October 01, 2007

Ape saya buat sepanjang minggu lepas ??

Ape saya buat? Macam-macam ada...
Yang paling ketara sekali ialah sayan langsung TIDAK memasak untuk berbuka puasa dan sahur. Minggu lepas ialah minggu makan di luar. From monday till sunday (yesterday.

Kite mula dgn semalam (sunday). Semalam saya di Dewan Perdana Felda. Majlis berbuka puasa Ansara Serting. Bukannya makan sangat tapi seronot sebab dpt jumpa kawan-kawan dan senior masa skloah dulu. Majoriti yang ade semalam aku tak pernah jumpa since 1996. lama kan ? Ada yang tak kenal aku atas faktor2 fizikal aku iaitu :
1) Trademark aku dah takde (mole kat batang hidung"
2) gigi taring aku pun dah takde (thanx to braces)
3) Aku dah gumuk...Wakakaka..


Saturday.. Hari yg malas dan memenatkan. Lepas solat asar tido sampai pukul 6 lepas tu malas nak pegi pasar ramadhan beli makanan untuk berbuka puasa. Sudahnye, buka puasa dgn kurma dan air.Lepas solat maghrib keluar pegi makan Sate Hj Samuri @ Tmn Melati. Kuah kacangnye caiiiiirrrr, tak macam yg selalu. Pastu sataynye pun macam kurang perisa. Conclusion kurang puas hati. Jadiknye balik drp makan sate pegi tapau nasik goreng cili padi plak. Huhhuhuh


Friday... Hari yang malas nak keje.Kul 3ptg dah balik rumah dan tido. Sape suruh aku pegi sana sini ? Dah macam despatch plak aku nih. Oh ye. Hari ni saya berbuka puasa dgn kawan lama saya , Abg Izham. Brapa lama saya tak jumpa dia ? Ada la 8 thn kot. Lama kan?? Kami makan kat satu cafe di PJ, dekat ngan my old office di BCB (now CIMB Bank). Thanx for the treat.. :)

Khamis. Kawan-kawan or spesific lagik kroni2 saya di TM belanja makan sebab diorang semua dah naik gred. Alhamdulillah... Kami janji nak jumpa di Mid Valley, tapi nak makan kat mana..diorang tak bagi tau. Surprise konon. Tapi memang surprise laa sebab depa blanja makan @ San FRancisco Steak House! Huhuhu..puas hati makan buffet kat situ. Yang pasti, aku langsung tak makan nasik. Sibuk makan lamb chopped dan sushi. :). Tq frensss... Luv u all..

Rabu - Isnin . Saya tak ingat la saya makan kat mana dan makan ape. Yang pastinya, saya berbuka puasa dgn adik2 di kedai makan @ restoran. Bukan di rumah ..

Sekian.