Friday, April 27, 2007

Invitation to Afiza's Wedding

Assalammualaikum wbt

Dijemput rakan-rakan Ex-TDK Batch 92-94 @ 92-96 menghadiri Majlis Perkahwinan Afiza Atan (Draco A) pada 28 April 2007 (Hari Sabtu) bertempat di Dewan Orang Ramai, Blok 8, PPR Desa Tun Razak. (Berhampiran Stesen LRT Bandar Tasik Selatan)


(click on image to enlarge)






Afiza Atan : 013-329 4326


p/s : Disebabkan tempak meletak kenderaan yang terhad, anda boleh meletak kenderaan di Stesyen LRT Bdr Tasik Selatan. Dari situ ada laluan menghala ke Dewan tempat majlis diadakan. If tak jumpa, bleh call me @ 012-332 9198

Tuesday, April 24, 2007

I am guilty..


Pagi yang indah dan tenang.
Agak mendung, angin sepoi-sepoi bahasa. (Angin air-con kat office sebenarnya)
Rutin harian, selain mengadap kerja, aku akan berutus e-mail dengan rakan-rakan baikku.
Macam-macam perkara yang dibualkan. Perkara sedih, gembira, kenangan lama, masalah kerja dan lain-lain.

Namun, suasana yang ceria bertukar agak tegang seketika. Tak payah la aku ungkapkan apakah puncanya. Namun aku mengaku aku bersalah. Benarlah kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata (dalam kes ini terlajak jari jemari menekan keyboard) buruk padahnya.

Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita ungkapkan boleh menyinggung perasaan orang lain. Kadang-kadang kita tiada niat untuk merendah atau mempersenda, namun ada hati yang terluka.

Jauh disudut hati kecil ku ini, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk melukakan hati seorang sahabat baik yang ku kenal sejak di bangku sekolah lagi. Hakikatnya, aku bersalah. Maafkan aku...

Tak lupa kepada rakan-rakan lain @ kepada pembaca blog ini , sekiranya aku pernah menyinggung perasaan kalian secara sengaja atau tidak, aku mohon maaf.

Maafkan aku...

Tuesday, April 17, 2007

Antara diriku dan mak ayah ku

Aku tersepit antara dua perasaan...
Perasaan yang mana aku memilih jalan mengikut kemahuan diri sendiri @ menurut kemahuan emak dan ayah. Dalam usia meniti lewat 20an ni tentunya ramai berpendapat ini masa untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri. Itulah yang aku sering dan cuba lakukan. Namun malangnya kebanyakan keputusan yang kubuat tidak memuaskan hati ramai orang terutamanya emak dan ayahku.

Sebelum ini aku pernah bergelut dengan situasi sebegini yang mana benar-benar menguji
kesabaran dan seakan menguji betapa rela aku berkorban untuk kepuasaan orang lain. Aku sangka selepas "kejadian" itu mereka akan faham..

Namun, kali ini ia terjadi lagi. Aku tidak mahu bercakap banyak yang mana ia bakal menghasilkan perlingkahan dan mengguris hati mereka. Cukuplah sekali dulu. Lantas, aku mengambil keputusan berdiam diri dan bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku dan akan berlaku.

Aku tahu aku bersalah...tapi kepuasan dalam career yang ku cari, bukan jaminan pencen, elaun yang banyak dan sebagainya....

Mak, Ayah... Along minta maaf. Sekali lagi Along terpaksa menolak tawaran yang beribu-ribu orang di luar sana nantikan. I just can't make myself drown into the world of teaching. Please understand me..

Ku sulam ribbon yang berwarna-warna untuk mengurangkan kekusutan di jiwa ..