Tuesday, June 01, 2010

Happy Birthday Emak...

My mom turns 53 today..



Dear Mak,
Along sayang Mak ...
Terima kasih utk segalanya ..Along tau along agak degil, tak dgr kata, tapi mak sabar je layan peel anak mak yang sorang nih..
Moga bertambah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, panjang usia, dapat naik pangkat lagik, dan moga dpt pegi haji kali ke-2. Insya-Allah.

Saturday, May 29, 2010

8 years and still counting ...

8.
8 is my favorite number. Everything must go with 8. Mobile number, Car registration number, even the last number of my NRIC is 8.

And... there's a relationship which is almost 8 years, dan yg paling memeranjatkan, tak ramai yg tahu pasal ni. Mengapa? Kegagalan kisah lalu buat aku jadi terlalu berahsia. Tak mahu orang tahu, agar tak adaorang yang mempengaruhi keputusanku. kisah cinta yang lalu hancur berderai akibat terlalu mendengar cakap orang dan tidak bijak membuat keputusan sendiri. Ku akui, saat itu aku terlalu muda, naif dan keliru. At that time friendship is the most valuable things in life, selain keluarga. Tapi tu la... because of that, aku kecundang sampai hari nih.

Tipu laa kalau aku cakap aku tak cemburu dan iri hati seeing one by one of my friends get married, having their own family, bla bla bla. Hati perempuan mana yang tak nak hidup bahagia , gembira, di sayangi setiap detik. Itu naluri biasa bagi seorang wanita. Unless, orang yg dah takde hati dan perasaan la kan.

Maintaining the relationship is the hardest things to do. And now as its become the long distance relationship, segalanya menjadi amat sukar. Miscommunication, itu laa yg sering berlaku. Sampai aku jadi buntu tiap kali nak berbicara. Seringkali mesejnya tak sampai. Then it comes to arguments!! penatnyaaaa tiap kali bertekak. Sakit hati, sakit kepala,, jantung pun rasa mcm nak gugur.

Whatever it is, I will keep it up and make sure my love story will be ended happily.

This song by ziana zain is the best to describe me at this moment...

Saturday, April 17, 2010

I'm back ...

Thursday, December 03, 2009

Izzati..

Rindu plak kat adik aku yang seorang nih ...



Dia pegi Hamburg bukan lama pun..setahun jek. Tapi rasa cam lamaa la sgt nak menghabihkan masa setahun tuh. Another 7 months to go.

Ini Hamburg. Ada byk kapal

Saturday, November 21, 2009

3 series..finally...

Happy Birthday to me!

I just joined the 3 series club.



:)

Friday, November 13, 2009

Hati menangis siapa tahu ..



Zahirnya aku seorang yang ceria. Tapi pergolakan dalam hati tak siapa yang tahu. Orang yang patut memahami hati dan perasaan sekadar menjadi "kayu" dan tidak pernah ambil tahu.

Darjah emosi ku semakin meninggi sekarang. Nak ku luah segala yg terbuku, tapi pada siapa?? Sudahnya, air mata menjadi teman. Hakikatnya aku sudah bosan bertemankan air mata tetapi hanya dia saja teman setia di saat ku gembira dan juga di saat sebaliknya.

Hati yang merajuk pinta dipujuk.. Tapi makin ku pujuk, semakin pedih jadinya. Biarkan saja ia pulih sendiri ?? Aku yang bakal merana nanti...

Bukan niatku untuk mengungkit segala pemberian, cuma meminta "kayu" itu faham hati dan naluri ku..
kerana, aku hanya wanita biasa..

Friday, November 06, 2009

13 going 30

I'll be 30 in thirteen days!

Dah masuk 3 series dah aku (mcm kereta BMW la plak).

Ape yang menarik sepanjang 10 tahun di usia 20-an? Terlalu banyak. Suka, duka, pahit, manis, kelat, masam, semuanya ada. Macam iklan astro tu.. macam-macam ade. Tapi takde satu pun yang boleh dibanggakan. *sigh*

Otakku tumpul utk berkarya.
To be continued...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Ikhlas,
nina-syazna

Sunday, September 13, 2009

Addicted

I'm addicted to this ....



Monday to Thursday
6.00 - 7.00 p.m
Astro Prima - 105

Friday, September 11, 2009

Meletup ...

Hari ni aku nak cerita pasal meletup.

Kat area rumah ku di Bdr Sri Permaisuri ni, ade satu gerai makan namanya "SUP MELETUP"
Aku tak pernah plak tanye ngape diberi nama mcm tu. Tapi jangan risau le, sebab tak pernah plak aku dgr ade kejadian meletup kat situ. Tambah ramai orang datang makan kat situ lagi ade la. Especially kalau lepas pukul 8 malam. Amboiii dot net. Nak carik seat pun susah. Sudahnye, tapau aje. Tapi bila tapau tak feel la plak.

Anyway, hari ni dalam rumah aku ade 3 kejadian meletup. Aduyai. Dah le sorang-sorang kat rumah masa tuh.

Kejadian 1
Rice cooker : Masak nasi untuk buka puasa laa ni. Duk layan tv,sedar2 pukul 6.30. Dah le keciwa sebab lupa lak hari ni takde Wadi Unung. Masak nasik dulu lah. Bila aku on switch, tak menyala laa plak lampu kat periuk tu. Aisey..Rosak kah? aku off, pas tu cabut wayar dia, sambung dan on semula. Tetiba..aku dgr letupan yg agak kuat laa gak. Em, memang sah jahanam periuk nasi aku. Sudahnye, masak nasi ala manual jek. Sib baik tak hangit sebab aku leka tgk tv lagik.


Kejadian 2
Electric kettle: Dalam kepala dah terbayang nescafe pekat yang panas. Dan dengan semangat wajanya aku isi air dlm kettle, dan switch on. A few minutes later, aku dgr sesuatu meletup. Kuat, cukup buat aku terperanjat dan menjerit sebab terkejuts. Serentak dgn itu, rumah aku pun blackout. Haiya, nak buka puasa ni black out plak. Sudahnye hari ni takde nescafe, cuma ade sirap limau jek.

Kejadian 3
Goreng ikan : Sian tgk ikan keras kejung dlm freezer takde orang nak masak dia. Terlebih rajin la konon, aku defrost ikan tu, pastu marinate dia. Panaskan minyak dan ready utk digoreng. Pastu aku pegi hall jap utk tukar channel tv. Buat kali yg ke-3, aku dgr bunyi meletup lagik. Haiya...ape plak nih?? Ape yg buatkan bunyi tu. Memang dtg dari dapur la. Bila pg tgk, dah ade kesan minyak splash kat jubin dinding dan lantai dapur. Em..memang sah le tuh. Sib baik aku takde dekat2 ngan kuali tuh. Kalu tak mesti aku kena skit percikan minyak panas. Tak pasal2 kena cuci lantai dapur. Bertuah punye ikan.


Mengapa yek begini? adakah sebab aku mungkir janji nak balik melaka hari ni tapi aku still lepak kat kl lagik? Huhuhuh.. Sendiri mau ingat lah.

nota kaki :
Budak-budak kat playground ni asyik main mercuuuuun jek. Aku dah letih nak dgr bunyi meletup sane-sini.

Sunday, September 06, 2009

Izzati...

Sepatutnye entry ni aku post last week lagik, tapi sebab takde gambar nak attach, mcm tak syok plak nak cerita tanpa gambar. Sat lagik orang boring plaks.

My sister skarang ade di Hamburg, Germany. Tak lama, setahun saja. Tapi cukup untuk buat kami2 yang tinggal kat sini rindukan dia sebab dia sangat bising!

Here's the pixs, at the KLIA, pada malam merdeka yang lalu...


Ezaty....


Ezaty and cuppies


Close up cuppies.
"Wir werden dich vermissen" = We will miss you, Ezaty...


US!

Hugssss



Bye semua...

Thursday, September 03, 2009

Mungkir Bahagia..




Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
‘Tuk mengungkap rindu

Sayangku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Kukesali

Dihanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku


Sayangku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Kukesali

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia


** This is about me, 8 years ago ...

Mie, hanya kau yang mengerti...

Wednesday, September 02, 2009

Photos...

Aktiviti kemas rumah masih berjalan setelah cuti beberapa hari. huhuhu.
Hari ni kemas mini library yg mana byk khazanah kat dalamnye dah boleh hantar pegi scrap.
Kemas punye kemas, terjumpa satu album kecik. Ade byk gambar dalam tu. Tapi yg menarik perhatian adalah 3 gambar berikut ;



Gambar masa kecik nih ...aku rasa umur aku 3 thn..adik aku lak 2 thn. Gambar di rumah nenek @ Tangga batu



Dua gambar di atas @ MRSM Serting. With Emek & Juli. Masa ni amik result SPM.
Masih mampu senyum walaupun result aku hampeh sebenornye. On the way balik ke Melaka, aku nangis jek dalam bas.


Yang ini pulak, gambar dalam simpanan kekasih lama ku...hahahaha.
Aku sendiri takde save gambar ni..thanx anyway ....

Me @ the age of 20. huhuhuhuhuh...

Itu saja yang aku rajin nak scan. Len kali kalau aku rajin aku scan lagik ek. Nak tgk CSI.

Saturday, August 29, 2009

BENGANG!!!!

$#@#&*^%@#$@#$!@%!!!

Wednesday, August 26, 2009

Renovation in progress..



Rumahku dah bertukar jadik construction site dah..ahahahaha..Gile dusty. Satu hari sapu ngan mop kali2. Ikut jadual, hari ni siap laa semua itu. Siap renovate la. Pas tu aku la yang kena susun semula barang2 yg banyaknya aku tgk dah bleh buang. Apesal laa orang tua aku nih suka bukak muzium..adeh!

By the way, hari ni aku agak moody. Pagi2 time sahur aku dah naik hangin. Bila aku pk balik, ape kessss la aku jadik cam nih..Tgk kalendar, patut laa. PMS. huhuhuh...

Ape-ape pun kena sabar. Penat pose je karang.

Esok ade majlis buka puasa kat rumah nih. Buat doa selamat skit utk Izzati yg akan fly ke Germany pada malam merdeka nanti. So, this year's Syawal, keluarga kami incomplete lah. :(

Ok lah, tak boleh lama-lama online nih. Nak cucuk satay, menu untuk esok...Daa~~~

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Datang Lagi...




Alhamdulillah..

Ramadhan datang lagi...

Dikesempatan ini saya mohon ampun maaf dimana ada keterlanjuran percakapan terkasar bahasa dan halalkan makan minum.Sama-samalah kita menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini dengan penuh ketaqwaan dan khusyuk dalam segala amalan. InsyaAllah akan diberkati oleh Allah S.W.T. Amin.........



ANDAI INI YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN



"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Saturday, August 15, 2009

Blajar drive kereta manual ...




Aku dah lama tak drive..sejak aku kehilangan MAS 8395 lebih setahun yang lalu, aku jarang drive. Kalau drive pun kereta dengan transmisi Automatik sahaja. Tapi mak ngan ayah punye kereta pun manual aje. Jadik bila aku balik melaka ni aku jadik budak baik duduk rumah melainkan ada orang yg bawak aku kluar.

Pagi tadi, walaupun rasa mcm nak demam, aku beranikan diri jugak bawak kancil mak yg manual tuh. Hahahahah Perasaan mcm mula2 masuk driving class. Masalah aku ialah:

1)Tak pandai nak timing bila nak tukar gear.
2)Salu lupa angkat clutch bila tekan minyak.
3)Bila tekan brek, tak tekan clutch skali. Mati enjin laa...
4)Bila dah benti, nak jalan balik. Mak oiii...lompat2 kancil itu..wakakaka.

Whatever it is, practices make perfect right ?

But I'm still looking forward for another Auto car ..haahahaha.

Thursday, August 13, 2009

Saya sudah ok..




Just want to say that ;

"SAYA SUDAH OK"

I can walk and run freely now...

p/s: Ninie, akhirnya aku berjaya, without the help from brain surgeon.

Dan anda semua boleh ignore entry bertajuk " Entry kurang waras daripada aku yang masih waras"

Sekian.

bz...

Bz kah ? hahaha
Lama tak update ...I'm @ my parents house.
Rutin biasa aje. Sekolah kat melaka ni byk yang tutup sebab H1N1. Hari tu aku ikot mak pegi skolah pun, masuk kawasan sekolah jek dah kena pakai mask. Lemas jugak mula2 tapi dah biasa. sonot gak pakai mask ni kalau selisih ngan orang bleh buat muka poyo jek sebab kalu ko senyum pun orang tak nampak. Wakakaka...

Aku agak risau jugak dgn penularan H1N1 nih. Lately ni aku baru rasa terancam sebab sebelum ni aku memang tak baca paper and tak follow news kat Tv. Jadiknye aku tak rasa terancam. Skarang ni jek baru la aku rasa susah hati. Kesian kat orang yg kehilangan ahli keluarga sebab virus nih. Actually, ade sorang cousin aku pun dah masuk hospital sebab penyakit nih. Tapi tak dpt follow up lagik situation dia mcm mana. Bila call mak ayahnye..asyik tak berjawab jek. Nak redah pi spital, aku transportless. Kalau kl tu, takde kereta tak mendatangkan masalah sebab public transport byk. Kat melaka nih, tak payah nak cite laa... sakit jiwa jek. Nampaknye aku kena blajo bawak kete manual. Huhuhuh...

Sebenarnye aku agak mengantuk, tapi panas btul sampai aku tak bleh tido.
Mengapa laa panas sgt nih ?? Tgh hari tadi nampak mcm mendung tapi tak jadik hujan. Sekejap ni tadi dgr bunyi guruh mcm nak hujan lebat tapi tak de jugak. Cuaca panas kering buat aku jadik malas dan takde energy. Lemau jek ...

Takde ape laa nak cerita... konon tadi byk idea. Tapi hilang dibawa angin lalu...

Ha, sebelum lupa, tak lama lagik Ramadhan bakal tiba. Cik kak yg blum sempat ganti posa tu cecepat laa ganti. Masih blum terlambat.

Saya akhiri entry kali ini dengan ucapan, "Selamat Berpuasa"

Wassalam

Sunday, August 02, 2009

Entry kurang waras daripada aku yang masih waras

Macam-macam dah berlaku semenjak dua menjak nih.

Aku dah resign, now masih cuti sebelum mulakan kerja baru. For the time being aku tolong ayah aku kat kantin skolah, pegi cooking class, pegi window shopping, tgk movies dan yang paling best ialah aku ada peluang nak online and chatting lama-lama.

Tak boleh tido plak malam nih. Siang tadi takde laa tido lama sangat pun. Sebenarnya, aku banyak fikir kot...sampai otak aku jadik kusut dan pusing, dan perasaan mengantuk itu hilang sama sekali.

Ketika macam ni aku asyik terfikir macam-macam. Aku paling benci bila aku terfikir pasal D. I tried to stop it tapi bila terpandang tempat kerja dia yang sekangkang kera daripada rumah aku ni, perasaan aku jadik tak keruan. Aku dah memang tau yang aku dgn dia memang takde ape-apa hubungan pun, and it's clear that he could not accept me more than fren. Fine! Tapi, mengapaaaaaaaalaaaaa kepala otak aku yang waras ni kadang2 duk fikir pasal dia lagik? Huh...seksanya rasa.

Padan muka aku...dulu aku laa manusia paling berlagak dan sombong di muka bumi. skarang aku dah dpt balik balasannya. Jadik angau sorang-sorang. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong plak aku nih. Gile...tapi itu laa hakikat.

What should I do? Dah byk kali aku nak delete hp no dia drp phone memory..tapi aku tak buat. Aku nak delete nick dia from YM list aku pun aku tak terbuat. Bila kuar msg "are u sure to delete...?" aku mesti jadik unsure dan aku click "No" ! Padahal bila aku msg dia..dia bukan reply pun. memang aku macam kera sumbang la cakap sorang-sorang.
Arghh..HELP!!!!

Sound desperate kan? Sukati korang laa ape nak kata.

Sebab hati aku tak tenang..esok aku nak balik KL.

Isk!