Saturday, September 29, 2007

Entry Biskut Raya

Aku mengantuk tapi tak buleh tido.
Macam-macam plak yang aku pk.

Meh la nak share pasal persiapan nak raya (walaupun aku kalau bleh tak mo harung hari raya nih).

Weekend yang lepas balik rumah parents kat melaka. Mak sibuk dengan buat kuih sepit. 3 kilo tepung tuh. Tgk adunan yang banyak tu pun ade rase nak terbalik dah. Selalu aku rajin tolong mak buat kuih tuh tapi kali ni aku malas plak. Adik2 yang lain ade ramai kan bleh tulon.

So, aku dengan semangat waja dan berkobarnya buat laa satu jenis biskut cornflakes
yang agak mudah. Aku cedok resipi ni daripada forum. Ikut komentar ahli forum yg penah buat, biskut ni memang sodap. Dan aku pun dah cuba buat, rasanye memang sedap dan rangup. Blum ape2 lagik adik2 dah angkut bawak balik hostel.

So, let me share the recipe with you. Credit to pbongsu.

Biskut Cornflakes Rangup






Bahan2 :
2 1/2 cawan tepung kek a.k.a. tepung naik sendiri)
1 cawan gula halus
1 biji buttercup (250g)
Sebiji kuning telur
Satu sudu teh esen vanilla
Sekotak kellog's cornflakes (jgn guna brand nestle sbb dia tebal)

Cara2:
1. Pukul butter dan gula sampai kembang. (pakai senduk kayu jek, tak payah pakai whisker)
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati
4. Dlm mangkuk yg lain, masukkan cornflakes yang telah diramas kasar.
5. Jemput skit adunan tadi (dlm 1/2 sudu teh) dan bentukkan.
6. Golekkan dan tekan2 sikit adunan yang dibentuk dalam cornflakes dan susun atas dulang pembakar yand sudah di sapu mentega @ butter. Boleh letak dlm paper cup jika suka.
7. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit @ hingga kekuningan

Nota: Adunan agak lembut, oleh itu perlu dibentuk menggunakan sudu.
Adunan akan mengembang 2 kali ganda apabila dibakar dlm oven

SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday, September 26, 2007

Hilang ..

Apa yang hilang? Takde barang yang hilang. Aku hilang idea jek.
Sebelum on pc tadi rase banyaaaakkk sgt menda nak cerita kat sini. Alih-alih lepas login, terbang semua idea ku...
Menci tau!

Tuesday, September 25, 2007

8 facts -Tagged by Abg Izham


List out 8 facts about yourself.


Myself? uhuhuh

#1.
8 is my favorite number. Suka sangat sebut nombor 8 nih. Kekadang aku bengang tunggu org lambat dtg, aku akan kata dah 8 jam aku tunggu dia padahal baru sejam jek pun. Waakaka. During my 1st job interview when the interviewer asked me to rate from 1-10 how much I like the job (after he xplained to me the tasks etc.) I simply said "8". And he said "I like your answer, very fast and firm". So lucky ek?

#2
Private number? Penah tak korang dpt call kat hp pas tu nanti display "Private number" @ "anonymous" instead of contact name @ phone number ? mesti ade kan. FYI, I won't accept those calls. Kadang-kadang membership club la yg call, kekadang ade gak manusia-manusia tak guna yang suka mengganggu ketenteraman awam. Takde masa laaaa nak layan. Banyak lagi keje lain nak buat tau.

#3
I love cats! Especially yg gebu dan montok. Skarang pun ade bela 2 ekor kucing. Paling ramai ahli keluarga kucing dalam rumahku ialah 5 ekor. Happening!
I still believe cat is a therapy. Memang btul! Balik rumah angin-angin, penat-penat, tolak pintu tgk kucing2 dah standby tunggu kite balik. Hilang penatku. :)

#4
I love oldies. Bukan maksud saya dah tua ek. My age masih ade angka "2" di depan. Tak bleh dengar laa lagu2 skarang nih. Byk bercakap drp menyanyi. Pening!!!

#5
Saya suka menonton rancangan kanak-kanak. Eg. TVIQ, Ceria and Disney Channel @ ASTRO.
Kenapa? Banyak menda kite bleh blajar sebenornye. Kalau movies kat Channel 40,41,42 plak asyik ulang2 yg sama. Dah 18 kali tgk pun ade lagik. Lepas tu, movies, dramas, and telefilms (made in malaysia) semuanya memboringkan & streotype. Ape la. Kenapa mesti byk cite polis? Kenapa mesti ade scene orang kena tipu, pompuan kena rogol ? Kenapa mesti tunjuk scene duk kat office hebat & bawak kete mewah? Aler...nak muntah laa tgk. Layan Afi & Abah laaagi best!

#6
Secara tak sedar, saya juga kuat membebel. Especially bila saya tgh marah @ ade sesuatu yg tak menepati citarasa saya yg agak fussy ini. Bila dah mula membebel, orang-orang yang takde kena mengena pun kena tempiasnya. Nasib la..sape suh duk dekat-dekat?

#7
Antara saat paling meriah dalam hidup ialah sepanjang Form 1-3 di MRSM Terendak, dan sepanjang pengajian di Universiti Telekom & MMU. Kalau nak cerita, 80 hari 80 malam pun tak abih.

#8
I'm in searching of my long lost friends.
- Primary school frens - SKKGK 1986-1991
- Secondary School frens - MRSM Terendak 1992-1994
- MRSM Serting - 1995-1996
- Class of BBA Mgmt (1997-2001)


Abih dah 8 ek.
Nak tagged sape nih ? Tak ramai kaum kerabat blog la plak. Bubuh 5 jek buleh ?
Here we go :
1) masy
2) Fird
3) Ling Ling
4) Kak Anis
5) Ninie

Have a nice day...