Saturday, September 29, 2007

Entry Biskut Raya

Aku mengantuk tapi tak buleh tido.
Macam-macam plak yang aku pk.

Meh la nak share pasal persiapan nak raya (walaupun aku kalau bleh tak mo harung hari raya nih).

Weekend yang lepas balik rumah parents kat melaka. Mak sibuk dengan buat kuih sepit. 3 kilo tepung tuh. Tgk adunan yang banyak tu pun ade rase nak terbalik dah. Selalu aku rajin tolong mak buat kuih tuh tapi kali ni aku malas plak. Adik2 yang lain ade ramai kan bleh tulon.

So, aku dengan semangat waja dan berkobarnya buat laa satu jenis biskut cornflakes
yang agak mudah. Aku cedok resipi ni daripada forum. Ikut komentar ahli forum yg penah buat, biskut ni memang sodap. Dan aku pun dah cuba buat, rasanye memang sedap dan rangup. Blum ape2 lagik adik2 dah angkut bawak balik hostel.

So, let me share the recipe with you. Credit to pbongsu.

Biskut Cornflakes Rangup






Bahan2 :
2 1/2 cawan tepung kek a.k.a. tepung naik sendiri)
1 cawan gula halus
1 biji buttercup (250g)
Sebiji kuning telur
Satu sudu teh esen vanilla
Sekotak kellog's cornflakes (jgn guna brand nestle sbb dia tebal)

Cara2:
1. Pukul butter dan gula sampai kembang. (pakai senduk kayu jek, tak payah pakai whisker)
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati
4. Dlm mangkuk yg lain, masukkan cornflakes yang telah diramas kasar.
5. Jemput skit adunan tadi (dlm 1/2 sudu teh) dan bentukkan.
6. Golekkan dan tekan2 sikit adunan yang dibentuk dalam cornflakes dan susun atas dulang pembakar yand sudah di sapu mentega @ butter. Boleh letak dlm paper cup jika suka.
7. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit @ hingga kekuningan

Nota: Adunan agak lembut, oleh itu perlu dibentuk menggunakan sudu.
Adunan akan mengembang 2 kali ganda apabila dibakar dlm oven

SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday, September 26, 2007

Hilang ..

Apa yang hilang? Takde barang yang hilang. Aku hilang idea jek.
Sebelum on pc tadi rase banyaaaakkk sgt menda nak cerita kat sini. Alih-alih lepas login, terbang semua idea ku...
Menci tau!

Tuesday, September 25, 2007

8 facts -Tagged by Abg Izham


List out 8 facts about yourself.


Myself? uhuhuh

#1.
8 is my favorite number. Suka sangat sebut nombor 8 nih. Kekadang aku bengang tunggu org lambat dtg, aku akan kata dah 8 jam aku tunggu dia padahal baru sejam jek pun. Waakaka. During my 1st job interview when the interviewer asked me to rate from 1-10 how much I like the job (after he xplained to me the tasks etc.) I simply said "8". And he said "I like your answer, very fast and firm". So lucky ek?

#2
Private number? Penah tak korang dpt call kat hp pas tu nanti display "Private number" @ "anonymous" instead of contact name @ phone number ? mesti ade kan. FYI, I won't accept those calls. Kadang-kadang membership club la yg call, kekadang ade gak manusia-manusia tak guna yang suka mengganggu ketenteraman awam. Takde masa laaaa nak layan. Banyak lagi keje lain nak buat tau.

#3
I love cats! Especially yg gebu dan montok. Skarang pun ade bela 2 ekor kucing. Paling ramai ahli keluarga kucing dalam rumahku ialah 5 ekor. Happening!
I still believe cat is a therapy. Memang btul! Balik rumah angin-angin, penat-penat, tolak pintu tgk kucing2 dah standby tunggu kite balik. Hilang penatku. :)

#4
I love oldies. Bukan maksud saya dah tua ek. My age masih ade angka "2" di depan. Tak bleh dengar laa lagu2 skarang nih. Byk bercakap drp menyanyi. Pening!!!

#5
Saya suka menonton rancangan kanak-kanak. Eg. TVIQ, Ceria and Disney Channel @ ASTRO.
Kenapa? Banyak menda kite bleh blajar sebenornye. Kalau movies kat Channel 40,41,42 plak asyik ulang2 yg sama. Dah 18 kali tgk pun ade lagik. Lepas tu, movies, dramas, and telefilms (made in malaysia) semuanya memboringkan & streotype. Ape la. Kenapa mesti byk cite polis? Kenapa mesti ade scene orang kena tipu, pompuan kena rogol ? Kenapa mesti tunjuk scene duk kat office hebat & bawak kete mewah? Aler...nak muntah laa tgk. Layan Afi & Abah laaagi best!

#6
Secara tak sedar, saya juga kuat membebel. Especially bila saya tgh marah @ ade sesuatu yg tak menepati citarasa saya yg agak fussy ini. Bila dah mula membebel, orang-orang yang takde kena mengena pun kena tempiasnya. Nasib la..sape suh duk dekat-dekat?

#7
Antara saat paling meriah dalam hidup ialah sepanjang Form 1-3 di MRSM Terendak, dan sepanjang pengajian di Universiti Telekom & MMU. Kalau nak cerita, 80 hari 80 malam pun tak abih.

#8
I'm in searching of my long lost friends.
- Primary school frens - SKKGK 1986-1991
- Secondary School frens - MRSM Terendak 1992-1994
- MRSM Serting - 1995-1996
- Class of BBA Mgmt (1997-2001)


Abih dah 8 ek.
Nak tagged sape nih ? Tak ramai kaum kerabat blog la plak. Bubuh 5 jek buleh ?
Here we go :
1) masy
2) Fird
3) Ling Ling
4) Kak Anis
5) Ninie

Have a nice day...

Wednesday, September 19, 2007

Blur..

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Blur laa aku pagi2 nih ..
Lepas sahur konfem tak bleh tido kalau tak mesti aku terlajak tido sampai tgh hari karang.
Selalunya pas solat subuh aku menjahit, i mean do the Ribbon Embroideries. Tapi hari ni macam takde mood plak. Kelabu jek mata aku.
Pastu bila hadap pc ni, jadik blur plak.

Alhamdulillah, dah 6 hari kita menjalani ibadah Ramadhan. Aku rase sedikit tenang bulan puasa kali ni walaupun kadang-kadang aku berdepan dgn situasi yg buat aku nak naik darah. Tapi, so far so good laa..bleh kontrol.

Banyaknya plan nak berbuka puasa dgn kawan-kawan.Yg pastinye, semua tu bakal merompongkan purse aku yg dah memang tipis. Adeh, tambah blur laa aku dibuatnye..

Thursday, September 13, 2007

Tuesday, September 11, 2007

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Ramadhan bakal tiba sehari dua lagi..

Dikesempatan ini saya mohon ampun maaf dimana ada keterlanjuran percakapan terkasar bahasa dan halalkan makan minum.Sama-samalah kita menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini dengan penuh ketaqwaan dan khusyuk dalam segala amalan. InsyaAllah akan diberkati oleh Allah S.W.T. Amin.........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN



"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Monday, September 10, 2007

Breakfast with Dealova @ Kg Pandan

Breakfast with Dealova?? hahahahah.Pagi semalam aku pegi breakfast dengan kawan-kawan forum di Medan selera Pasar Kg Pandan. Kami menggelarkan group kami sebagai "Komuniti Wanita Dealova Ampang" atau nama singkatnye DEALOVA.huhuhuh.
Walaupun semalam aku demam ngan selsema, aku gagahkan jugak diri nak join beakfast tuh. Ye la, lama gak laa tak jumpa since gathering di rumah kak Ida di Pandan Jaya a few months ago. Seronot jumpa mereka ini. Meriah hidup.
Balik rumah, terus pengsan sebab demam kembali menyerang.

Here goes the pixs. As usual, saya tidak ada dalam ini gambar laa....




Saturday, September 08, 2007

Hanya Sekali~~

Sekali janji ku lafazkan
Akan ku kotakan
Walaupun dihalang
Sekali ku lafazkan kata cinta
Takkan ku permainkan

Sekali didalam hidupku
Kurasakan cinta yang suci sejati
Sekali hanyalah sekali ini
Tiada lagi tukar ganti

Sehari ku rasa setahun
Jika tiada kasihmu
Jika kau pergi jauh
Perasaanku akan terganggu
Hanyalah kau seorang
Mengubat hati rinduku

Tiada bandingan di dunia
Yang sama semurni
Cinta yang kau beri
Sekali ku katakan sekali lagi
Cintaku hanya sekali

Friday, September 07, 2007

Ohhh La La..

Tajuk di atas takde kena mengena ngan lagu Kru @ apa-apa pun ...

Sebenarnye aku takde menda nak share kat sini.
Tapi kesian tgk blog aku takde update. Hehehehe...

Minggu depan dah nak posa. Aku suka bulan posa nih. Bleh kontrol belanja hari-hari, bleh kontrol makan, bleh kurangkan berat adan (konon)

But towards the end of bulan pasa mesti aku kalut, kusut dan sebagainya. Ye la..nak raya laa.. Banyak nak pakai duit tau!
Camana laa rupenye raya aku thn nih ?