Saturday, August 29, 2009

BENGANG!!!!

$#@#&*^%@#$@#$!@%!!!

Wednesday, August 26, 2009

Renovation in progress..



Rumahku dah bertukar jadik construction site dah..ahahahaha..Gile dusty. Satu hari sapu ngan mop kali2. Ikut jadual, hari ni siap laa semua itu. Siap renovate la. Pas tu aku la yang kena susun semula barang2 yg banyaknya aku tgk dah bleh buang. Apesal laa orang tua aku nih suka bukak muzium..adeh!

By the way, hari ni aku agak moody. Pagi2 time sahur aku dah naik hangin. Bila aku pk balik, ape kessss la aku jadik cam nih..Tgk kalendar, patut laa. PMS. huhuhuh...

Ape-ape pun kena sabar. Penat pose je karang.

Esok ade majlis buka puasa kat rumah nih. Buat doa selamat skit utk Izzati yg akan fly ke Germany pada malam merdeka nanti. So, this year's Syawal, keluarga kami incomplete lah. :(

Ok lah, tak boleh lama-lama online nih. Nak cucuk satay, menu untuk esok...Daa~~~

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Datang Lagi...




Alhamdulillah..

Ramadhan datang lagi...

Dikesempatan ini saya mohon ampun maaf dimana ada keterlanjuran percakapan terkasar bahasa dan halalkan makan minum.Sama-samalah kita menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini dengan penuh ketaqwaan dan khusyuk dalam segala amalan. InsyaAllah akan diberkati oleh Allah S.W.T. Amin.........



ANDAI INI YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN



"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Saturday, August 15, 2009

Blajar drive kereta manual ...




Aku dah lama tak drive..sejak aku kehilangan MAS 8395 lebih setahun yang lalu, aku jarang drive. Kalau drive pun kereta dengan transmisi Automatik sahaja. Tapi mak ngan ayah punye kereta pun manual aje. Jadik bila aku balik melaka ni aku jadik budak baik duduk rumah melainkan ada orang yg bawak aku kluar.

Pagi tadi, walaupun rasa mcm nak demam, aku beranikan diri jugak bawak kancil mak yg manual tuh. Hahahahah Perasaan mcm mula2 masuk driving class. Masalah aku ialah:

1)Tak pandai nak timing bila nak tukar gear.
2)Salu lupa angkat clutch bila tekan minyak.
3)Bila tekan brek, tak tekan clutch skali. Mati enjin laa...
4)Bila dah benti, nak jalan balik. Mak oiii...lompat2 kancil itu..wakakaka.

Whatever it is, practices make perfect right ?

But I'm still looking forward for another Auto car ..haahahaha.

Thursday, August 13, 2009

Saya sudah ok..




Just want to say that ;

"SAYA SUDAH OK"

I can walk and run freely now...

p/s: Ninie, akhirnya aku berjaya, without the help from brain surgeon.

Dan anda semua boleh ignore entry bertajuk " Entry kurang waras daripada aku yang masih waras"

Sekian.

bz...

Bz kah ? hahaha
Lama tak update ...I'm @ my parents house.
Rutin biasa aje. Sekolah kat melaka ni byk yang tutup sebab H1N1. Hari tu aku ikot mak pegi skolah pun, masuk kawasan sekolah jek dah kena pakai mask. Lemas jugak mula2 tapi dah biasa. sonot gak pakai mask ni kalau selisih ngan orang bleh buat muka poyo jek sebab kalu ko senyum pun orang tak nampak. Wakakaka...

Aku agak risau jugak dgn penularan H1N1 nih. Lately ni aku baru rasa terancam sebab sebelum ni aku memang tak baca paper and tak follow news kat Tv. Jadiknye aku tak rasa terancam. Skarang ni jek baru la aku rasa susah hati. Kesian kat orang yg kehilangan ahli keluarga sebab virus nih. Actually, ade sorang cousin aku pun dah masuk hospital sebab penyakit nih. Tapi tak dpt follow up lagik situation dia mcm mana. Bila call mak ayahnye..asyik tak berjawab jek. Nak redah pi spital, aku transportless. Kalau kl tu, takde kereta tak mendatangkan masalah sebab public transport byk. Kat melaka nih, tak payah nak cite laa... sakit jiwa jek. Nampaknye aku kena blajo bawak kete manual. Huhuhuh...

Sebenarnye aku agak mengantuk, tapi panas btul sampai aku tak bleh tido.
Mengapa laa panas sgt nih ?? Tgh hari tadi nampak mcm mendung tapi tak jadik hujan. Sekejap ni tadi dgr bunyi guruh mcm nak hujan lebat tapi tak de jugak. Cuaca panas kering buat aku jadik malas dan takde energy. Lemau jek ...

Takde ape laa nak cerita... konon tadi byk idea. Tapi hilang dibawa angin lalu...

Ha, sebelum lupa, tak lama lagik Ramadhan bakal tiba. Cik kak yg blum sempat ganti posa tu cecepat laa ganti. Masih blum terlambat.

Saya akhiri entry kali ini dengan ucapan, "Selamat Berpuasa"

Wassalam

Sunday, August 02, 2009

Entry kurang waras daripada aku yang masih waras

Macam-macam dah berlaku semenjak dua menjak nih.

Aku dah resign, now masih cuti sebelum mulakan kerja baru. For the time being aku tolong ayah aku kat kantin skolah, pegi cooking class, pegi window shopping, tgk movies dan yang paling best ialah aku ada peluang nak online and chatting lama-lama.

Tak boleh tido plak malam nih. Siang tadi takde laa tido lama sangat pun. Sebenarnya, aku banyak fikir kot...sampai otak aku jadik kusut dan pusing, dan perasaan mengantuk itu hilang sama sekali.

Ketika macam ni aku asyik terfikir macam-macam. Aku paling benci bila aku terfikir pasal D. I tried to stop it tapi bila terpandang tempat kerja dia yang sekangkang kera daripada rumah aku ni, perasaan aku jadik tak keruan. Aku dah memang tau yang aku dgn dia memang takde ape-apa hubungan pun, and it's clear that he could not accept me more than fren. Fine! Tapi, mengapaaaaaaaalaaaaa kepala otak aku yang waras ni kadang2 duk fikir pasal dia lagik? Huh...seksanya rasa.

Padan muka aku...dulu aku laa manusia paling berlagak dan sombong di muka bumi. skarang aku dah dpt balik balasannya. Jadik angau sorang-sorang. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong plak aku nih. Gile...tapi itu laa hakikat.

What should I do? Dah byk kali aku nak delete hp no dia drp phone memory..tapi aku tak buat. Aku nak delete nick dia from YM list aku pun aku tak terbuat. Bila kuar msg "are u sure to delete...?" aku mesti jadik unsure dan aku click "No" ! Padahal bila aku msg dia..dia bukan reply pun. memang aku macam kera sumbang la cakap sorang-sorang.
Arghh..HELP!!!!

Sound desperate kan? Sukati korang laa ape nak kata.

Sebab hati aku tak tenang..esok aku nak balik KL.

Isk!