Friday, August 31, 2007

Malaysiaku Gemilang ..

MERDEKA!!!

huhuhu. baru sampai rumah. tak bleh tido la plak
nak share gambo bunga api jek.
tapi memang kualiti gambo TIDAK memuaskan.
amatur le katakan. camera pun murahan jek. tripod pun takde. lenguh tangan pgang camera nak kasi dia still. huhuhuh.


Happy Holidays!!!

p/s : kenapa la tadi aku tak terpk nak amik video jek? sengal btul laa aku nih!




Monday, August 27, 2007

Isnin yang haru ...

Pagi Isnin yang haru.
aku bangun solat subuh lepas tu tido balik. Sedar2 dah pukul 9. Mak oi, lambat nih. baju tak iron lagik. Lepas mandi baaru terhegeh2 nak iron baju. pakai baju kurung jek la hari nih. dah siap iron kain. nak iron baju plak..tetiba aku rase macam melekat jek iron kat bajutuh..aduih laaaa ..abih baju raya thn lepas dah burn! tension btul. nak cepat ni ade jek laa masalahnye. last2 tuko baju lain yg tak payah iron pun. apesal laa dari tadik tak nampak baju tuh?

lepas siap-siap, berlari2 laa aku pegi kat kereta. alahai, dah nak kat kul seploh pun jalan jammed. lalu tol la, cepat skit. Time nak amik purse dalam kete baru la aku pasan aku tinggal hp kat rumah. Arghhhh...dengan pantas aku buat U-turn. Balik rumah tgk ade 5 missed call. Huhuhuhu...Adeh la.

Sampai office boss aku dah sampai. tapi aku wat tak tau jek. wat cam biasa jek. Actually pagi ni aku kena pi hantar certificate kat UTAR. aku ade interview hari khamis, tapi kena hantar dokumen dan isi borang hari ni pasal hari tu aku buat onlie application jek.

Lepas siapkan ape yang patut, pi amik gambaq dulu. Gambar dulu tak best. Actually gambar yg baru amik tadi pun bukannye best sgt tapi better laa..huuhhu..perasan!!

dah nak sampai pj, baru pasan tadi lupa photostat ic. aler, kena plak carik kedai fotostat ke SS14 tuh. aku mcm dah give up jek. Tapi takpe la, teruskan perjalanan. Jgn mengalah. Sampai kat UTAR, plak susah gile babas nak carik parking. Jauh di hujung jalan aku parking. terkepot-kepot aku jalan nak cepat sebab panas la!

Sampai, isi borang, kasik dokumen, officer tu bitau interviw aku hari Khamis jam 1.30 ptg tapi kena mai awal skit sbb Dean & VP nak jumpa aku. huh..aku pun tak paham. Ape beza perjumpaan itu dgn interview ek?? Blasah jek la. Ada peluang ke utk aku ??

Balik drp pj, singgah cititel jap. Ade short discussion. Pas tu balik office. Pening la kepala. Panas btul hari nih! Sampai jek pi beli makan tapi tak lalu nak makan. Dah lambat sangat dah kul 2.30 rupenye. Naik office kepala aku makin pening rase cam nak meroyan pun ade. Jadiknye aku amik time-off la balik awal.

Nak balik rumah pun jammed lagik kat traffic lite kuchai lama tuh. Adeh, time2 tu la ade satu call fron unknwon number. Aler, agen carik keje. Hari tu aku ade apply keje kat melaka. Dia suh dtg interview hari nih. Cehhh..aku tgh pening pala lagik mau suh pi interview. Esok jek laa ek ...

Skarang aku kat rumah. Walaupun kepala aku sakit tapi tak bleh nak tido so aku hadap laa pc nih. update ape yg patut. Sat lagi aku mau rest bebetui...

Selepas korang baca tulisan aku nih, korang rase haru tak hari Isnin aku nih ???
keh keh keh

Thursday, August 23, 2007

Lelaki Ini - Anuar Zain

My friends and I semua tengah mabuk dgr lagu nih. Aku tak kisah apa orang lain nak kata, tapi aku memang peminat setia Abang Anuar Zain nih.. :)

nak mp3? carik sendiri yek @ u can go to http://music.ireans.com




Lelaki Ini

Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki

c/o

Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku ooo..
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
oh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo..
Yang bertahta dalam sanubariku

Wednesday, August 22, 2007

W.I.P

I am currently bz with these ...



and this....

Monday, August 20, 2007

No Comment

Hi all.
Untuk sementara waktu, saya menutup ruangan komentar hingga ke satu masa yang akan di beritahu kelak. My comment box telah dipenuh oleh msg2 yg berbau perkauman.


ninasyazna says : Kalau dah tak nak duk kat Malaysia pi laa duk kat negara lain. Dah duduk kat negara lain tu jangan laa pulak nak menyibuk2 hal dalam negara nih!!!!

Friday, August 17, 2007

Kenapa ek ..

Macam-macam laa yang jadik kebelakangan nih. Antaranya :

1) Bisnes baru- jual tepung goreng sedap. huhuh..lariss yg amat - kredit utk niena (ibu tepung) dan adik aku yg jadik tukang jual.

2) Aku baru realize jual pantiliner ngan pad herba untung banyak woo..rugi dari dulu tak mo active. huhuhuh

3) Kucing-kucing aku sangat kuat tido sampai byk sgt tahi mata.

4) Aku dah malas pegi jogging. Kenapa ? dah kurus sgt kee??

5) Projek bunga pahar yang terbengkalai. nak tau sebabnye ??

Ok, meh aku cite. Al-kisah. Bunga pahar yang aku nak buat ni pakai dip liquid transparent, kemudian akan ditabur dengan gold dust untuk mendapatkan effect gold yg merelippppp.

Aku beli 3 botol dip transparent. Botol pertama ok cun takde masalah. Dah abih aku kerjakan botol yg pertama aku move on to 2nd bottle. Tapi outcomenya bukan jadik transparent, tapi jadik putih. Meh aku tunjuk gambau.



Patutnye, dia jadik transparent macam nih



Beza antara putih dan transparent


Yang aku pulak sengal. Aku lambat bertindak. Dah 50 kelopak bunga aku celup baru aku perasan dia jadik putih. Mula-mula aku pikir masa basah jek jadik putih.Rupenye dah kering pun jadik putih. Aduih..sengal btul! Ape aku nak buat nih? Pelik btul aku. Kenapa ek jadik macam tuh? Aku letak thinner terlebih @ botol tu depa salah label. Mungkin tidak. Dah burn satu botol dip. Tak pe la, aku bleh buat bunga dulang dip lepas nih. Tapi bila ek ? tah laa. Ade sesapa yang nak bertunang @ nikah guna tema putih? Aku bleh buatkan bunga dulang guna dip putih transparent tuh. Contact me yek. Den kasik special price!!

Thursday, August 16, 2007

Gambar-gambar semalam

Malas nak tulis byk2 hari nih..
gambar semalam ..
Tapi semalam lupa laa nak amik gambar ngan Alin
:(

As ususal, I was not in the picture...


Siti Aisyah, umur 5 thn dah dpt pegi Umrah

Sama tak gambar tu ngan muka Siti??


Mu mom, my dad and Darian (my cousin's son)


Pak Itam, Mak Itam & Siti b4 Departure

From Left: My Grandma, My Mom, My Dad, Pak Itam with Siti & Mak Itam
2 guys @ the back are Shahrir & Shafiq

Malas nak tulis byk2 hari nih..
gambar semalam ..
Tapi semalam lupa laa nak amik gambar ngan Alin
:(

Wednesday, August 15, 2007

Abis idea dah

Actually, dah banyak hari aku cuba update blog nih. Tapi tak bleh nak log masuk.

Saat idea aku tgh banyak mencurah-curah, dia buat hal plak. Skarang ni aku dah kering idea tau tak!!!

By the way, kejap lagik nak pegi Nilai, rumah auntie. Dia nak berangkat ke Tanah Suci Makkah menunaikan Umrah dengan suami dan anak perempuannya. PArents aku pun dah sampai Nilai.
Dan kebetulan kawan baik aku ,Alin & suami pun akan berangkat mengerjakan Umrah hari nih. Tah2 Alin ngan Auntie aku ni dalam rombongan yang sama.

Bila la plak masanya aku nak pi Umrah nih ??

Thursday, August 09, 2007

30 Puluh Larangan ~ Untuk Wanita Sahaja

Forwarded message


TIGA PULUH LARANGAN

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Friday, August 03, 2007

Flowers in the basket




Latest...
My handwork of Ribbon Embroideries.
Can't wait to see it being framed.

Wednesday, August 01, 2007

Susuk ~

Korang tengok cite Susuk @ TV3 tak? Hari khamis kul 9.30 malam.
Memula aku takut gak cite nih. ye la, dah le malam jumaat. Keh keh keh. Macam bebudak. Dah beso bangka duk pikior cam gitu lagik. Ekceli sebelum ni takde la takut sangat cite tuh. Tapi bila dah masuk season 2 ni suka plak kuar hantu-hantu tuh. Siang-siang pun ada hantu tau!

Lagi satu aku suka soundtrack cite nih. Tajuk lagunya Kepangkuanmu, oleh Shima. Dah lama aku tak dgr lagu baru shima tup tup ade plak lagu nih. Suara dia tetap best, macam dulu-dulu jugak. Lirik lagu ni pun best.
Tak tau la ngape skarang aku malas nak type panjang-panjang.
Aku attach lirik lagu kat bawah ni ek.
Nak mp3? carik sendiri laa.. or u can go to
http://music.ireans.com

______________________________________________________________

Shima - Kepangkuanmu

Duhai kekasihku sungguh tak bisaku tanggung
Keperitan kalbu sepermegianku dulu
Seandainya aku mampu mengundurkan waktu
Ingin sekali ku kembalikan detik itu.

Sekiranya cinta masih ada
Seandainya rindu masih setia
Izinkanlah ku kembali menghias hidupmu
Biarkan rembulan menyaksikannya
Biarkan hujan membasuh dosa
Nanti perlakukah terhadapmu oh kekasihku
Hanya Tuhan bisa mengerti penyesalan diriku
Menghancurkan impianmu kekasihku

Sekiranya cinta masih ada
Seandainya rindu masih setia
Izinkanlah ku kembali menghias hidupmu
Biarkan rembulan menyaksikannya
Biarkan hujan membasuh dosa
Nanti perlakukah terhadapmu oh kekasih
Dendam yang kau pendam,benamkanlah
Semoga berputik benih cinta
Telah pun ku menyesali kesilapanku

Dan malam-malamku kan gemerlaplah
Menerangi cinta dua insan
Meraikan kepulanganku ke pangkuanmu...
Ke pangkuanmu...Ke pangkuanmu..Ke pangkuanmu...