Friday, November 13, 2009

Hati menangis siapa tahu ..



Zahirnya aku seorang yang ceria. Tapi pergolakan dalam hati tak siapa yang tahu. Orang yang patut memahami hati dan perasaan sekadar menjadi "kayu" dan tidak pernah ambil tahu.

Darjah emosi ku semakin meninggi sekarang. Nak ku luah segala yg terbuku, tapi pada siapa?? Sudahnya, air mata menjadi teman. Hakikatnya aku sudah bosan bertemankan air mata tetapi hanya dia saja teman setia di saat ku gembira dan juga di saat sebaliknya.

Hati yang merajuk pinta dipujuk.. Tapi makin ku pujuk, semakin pedih jadinya. Biarkan saja ia pulih sendiri ?? Aku yang bakal merana nanti...

Bukan niatku untuk mengungkit segala pemberian, cuma meminta "kayu" itu faham hati dan naluri ku..
kerana, aku hanya wanita biasa..

2 comments:

Niena Pooh ..:) said...

sapa kayu tu mas?
aku berdoa semoga kayu tu menjadi kertasss..senang dironyok2..geram geram...ehehhe

nina~syazna said...

hahahhaha
kayu itu???
nanti laa ..blum masa utk diberitahu .

kayu memang bleh jadik kertas...nanti aku proses kayu tu sampai jadik kertas ye k...