Monday, June 25, 2007

Tak boleh tido..




Tak boleh tido..
Kenapa ? Sebab demam? Dah byk sangat tido siang?
That's the fact. Bila bayang sangat tido siang, malam tak boleh tido. Telan ubat batuk pun tak mampu buat mataku mengantuk malah makin segar bugar pulak.

Banyak sebab jugak yang sebabkan aku tak boleh tido. Apalagi kalau tak abih-abih fikir masalah negara..oppsss... masalah yang melanda diri. Banyak sangat laa, sampai tak bleh nak xplain satu-satu. Nak settlekan yang mana dulu pun tak tau nih. Semuanya nak kena kejar, semua ade dateline. Semua nak kena buat dan siapkan. Dalam keadaan fizikal dan mental yang agak lemah tak berdaya ni, susah nak buat pertimbangan.

Susah nak puaskan hati orang lain sedangkan kepuasan diri sendiri pun tak dapat dicapai. Kadang-kala kita rasa kita dah buat benda yang betul tetapi tetap tak elok di sudut mata orang lain. Apa yang orang lain pandang elok, kita pulak rasa benda tu kurang sesuai. Emmm.... Bila kita tak jaga hati orang lain, orang akan marah, merajuk, rasa tak dihargai, rasa kita tak berterima kasih. Argh..susah. Aku tersepit.

Mungkin salah sendiri jugak. Aku mengaku ada silapnya tindakan aku. Tapi...susah nak bagi orang faham. Kali ni aku bukan sengaja nak melarikan diri, tapi tahap kesihatan aku tak mengizinkan. Agak membimbangkan , Dr la cakap. Tapi aku rasa aku boleh bertahan. Semangat perlu kuat. Kalau aku menyerah, sakit yang sikit akan jadik parah. Padahal bukannya teruk sangat pun. Dr ni kekadang buat aku geram. Saja je nak psyco orang lebih-lebih.

Cut!

Jom cerita pasal benda lain. Dalam demam-demam, terpaksa jugak siapkan tempahan pelanggan. Sat lagi tak siap, tak bertunang pulak kawan tu nanti. Sambil-sambil updates fotopages, terbuka pulak web site yang dulu aku selalu singgah untuk tengok resipi. Baru tersedar yang aku dah lama tak update diri dengan resipi baru dan sebenarnya dah lama tak masuk dapur.

Bukan malas, tapi bila pikir nak masak tu agak leceh nak sediakan bahan plus takde orang yang nak makan buat aku jadi benci nak masak. Sudahnye aku jugak jadik bandaraya yang kena perabiskan semua tuh. Tu pasal misi minus 5 aku tak penah menjadi.

Sebenarnya, aku salu berangan ade rumah sendiri dengan dapur yg luas dan lengkap. hehehe... Tapi kalau makan vitamin M terlebih, lengkap camana pun dapur tu tak berasap laa jugak nanti.

Bulan Jun pun dah nak sampai ke penghujung. Penutup bulan Jun ialah hari lahir Ayah..Tapi, aku ada krisis sikit dengan Ayah pulak. Macam mana nak menghadapi hari-hari yang mendatang dengan keadaan macam ni? :(

Sunday, June 24, 2007

Demam

Demam..

Dah 3 hari aku demam.
Kali ni demam kuat sikit. Sakit kepala macam nak pecah. Batuk lagik. Bila batuk jek rasa mcm paru-paru aku nak tercabut. Sakit betul. Bernafas pun ade bunyi-bunyi yang pelik. Ngape ek? pagi ni baru aku rasa ok untuk bangun dah berjalan-jalan dalam rumah. Kalau tak asyim tido baring dalam bilik aje.

Next week kena pegi medical check up. Might be on Wednesday. Nak buat semua test yang ada. Kenapa sejak2 ni selalu sakit ye? Banyak pk dan tekanan perasaan boleh jadik sakit ke? Risau la sakit selalu sangat. Antibodi badan lemah semacam jek. Suspens gak nak buat check up nih...Macam-macam aku pk..isk...Nauzubillah..

Kawan aku cakap kucing-kucing aku buat penyebab aku sakit ..Btul ker ???


Friday, June 22, 2007

Tambah kusut ...

Jumaat supposed to be hari yang tenang aman, damai,bertuah dan segala yang baik dan indah belaka.

Tapi pagi Jumaat yang hening ni tak membawa apa-apa makna pada aku.
Cuma aku rasa tambah kusut, tertekan, sedih, sayu, lara dan macam-macam lagi.

Susah nak luahkan.Dan tak tahu pada siapa aku nak luahkan. Sebab aku tau takde orang yang akan faham, dan kalau ade yang faham akan buat2 tak paham dan aku juga yang akan dipersalahkan ...

Demam bertambah bertambah berat, fikiran semakin sarat.

I wish I could fly far away..Aku rase duniaku kini makin menyesakkan. Namun lari dari masalah takkan menyelesaikannya bahkan memburukkan lagik keadaan.

Kepala tambah sakit, sebelum muka aku tersembam kat keyboard nih, ada baiknya aku log off dulu

ninasyazna says : mak, ayah ..I'm so sorry....

Tuesday, June 19, 2007

Kusut 2 ~ with pictures

Post kusut part 1 terpaksa aku delete. Huhuhuh..padan muka aku. len kali jgn direct url to images yg ade kat web lagik yek. nanti dpt friendly reminder.

Abang Izham, sorry mas terpaksa delete comment abang skali. Dah cuba sikat pempelan tapi nampaknya tambah kusut.

Nak redakan kekusutan, balik la rumah mak ayah. Memang bile tengok mak ayah ngan adik2, ilang laa kusut..tapi bila balik kl, kusut balik..arghhhhh....

Actually, ade a few things to share kat sini.
Tapi nak cite satu menda jek. Pasal a simple tea-gathering ala-ala reunion dgn kawan2 semasa sekolah di MRSM Terendak dulu.Tq to lyeen yang sudi jadi host. Walaupun di saat-saat akhir ramai yg kasik notis tak dpt hadir, tapi perjumpaan tu tetap meriah. rase macam sekejap je masa berlalu.

Bila tgk balik album-album lama, rasa nak gelak guling2 tgk muka sendiri masa zaman skolah dulu.

Sekarang ni dalam episod jejak kasih lagi. Masih dalam usaha kumpulkan seberapa ramai yang boleh...

The photos...



delicious foods..



cup cakes, order dari kak nina ...






kawan-kawan...

Tuesday, June 12, 2007

Vitamin M melanda

Dah lama tak update blog. Banyak sangat makan vitamin M. huhuhuh...
ade byk kerja-kerja yang perlu disiapkan tapi masih tergendala. dasat aa penangan vitamin M nih.Nak tunggu dateline baru terhegeh2 nak buat.

Last week ade small gathering dgn rakan2 dari forum internet. Ekceli, ni dah 2nd time wat aktiviti jumpa2 nih. 1st time dulu kami main bowling kat Pandan Lake Club. Last saturday, kami wat tea gathering. Potluck lagik. Macam-macam makanan ade. Seriouly balik tu rase perut macam nak meletup. Aduihhh......

bukan takat makan2 jek..ade Gift Exchange lagik. Memang best la. Walaupun aku sorang jek yang bujang, kawan2 lain semua dah berkeluarga, tapi memang ngam laa... Semuanya sporting dan sempoiii

Hari sabtu ni bakal menyusul satu lagi tea gathering. kali ni dgn kawan-kawan di MRSM Terendak dulu. Dah tempah cup cakes dah utk di bawa ke gathering nih. Konsep pot luck jugak.


kenapa syazna pakai baju kurung? sebelum tu pegi wedding dulu laa..malas btul nak balik tuko baju. Lanyak jek laa baju tu sampai petang.


gift Exchange..syazna dpt yg warna purple belang-belang tuh


Inilah hadiahnye..cantik kan ?


Cenderahati drp kawan-kawan... tq to mimi n kak D

Friday, June 01, 2007

Happy Birthday, MAK......


cupcakes for Mak..very nice..


Today is my mom's birthday. She turns 50 today.
Don't know what to say, I just want to express how much I love and care for her...

Along sayang MAK...