Monday, December 17, 2007

Musim makan nasik minyak..

Musim makan nasik minyak dah bermula.
Ekceli, dah mula since November lagik. Tapi aku baru jek berjaya menghadirkan diri pada satu majlis perkahwinan Iqbar, my classmate di MRSM Terendak dulu. There's a few weddings before yang aku missed out, termasuk laa kawan baikku En. Nizar. Sorry bro.

Ok. Back to Iqbar's wedding.
Dah plan awal-awal nak pergi with Linda & Ayie. Both of them also my classmates @ TDK. Ha, adik2 Linda: Nana & Fatin pun ade sama yek.

Kami memang plan nak pegi awal, by 12.30. and we do hope to see Nizar & gang there. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, plan kami tersasar. Huhuhu. Kami sampai lebih kurang jam 1.45 petang, di saat perut dah pedih berkeroncong.

Masa kami masuk dewan, there was the cake-cutting ceremony. Tapi sebab perut dah lapaq gile, takde terfikir pun nak pi snap photos.

Huhu. Bila perut dah kenyang baru lah kami bleh berfikir secara waras. Amik gambar kat meja makan yg di conquer oleh kami ber5 jek.

Lepas makan, tgk pengantin dah takde dalam hall. Uik? mana plak peginye nih ?
Rupenye depa dah ade kat luar dewan. So kami pun pi la jumpa Mr & Mrs Iqbar. Aku pun tanya, "kenapa duk luar nih?" Iqbar jawab, "kami nak pi outdoor photoshoot laaa".
Em..padan la. Lepas sembang lebih kurang dan amik photo bersama-sama, kami pun minta diri untuk pulang. :)

Tapi bukan terus balik pun. Singgah mengulau lagik kat Alpha Angel. Linda berkira2 nak beli kek for her beloved Husband's Birthday. Tapi nampaknya, takde satu pun yang menarik di mata kami.

Lepas pusing 2-3 round, kami pun melepaskan lelah kat starbucks. Thanx to Ayie. Pasal ape? Ayie ni staff Berjaya Group.Dapat discount 20% tau! Cayalah!!

Sembang punye sembang hari pun dah petang. Disebabkan masing-masing ade plan sendiri selepas itu, jadik kami pun bersurai.

Ok, here come the photos. Enjoy!!


The Invitation


Inside my bag..


Linda & Ayie.. Kenyang perut suka hati !


Us!


Candid! Nana & Fatin


Sembang dgn Iqbar


Mr & Mrs Iqbar


Gambar ngan pengantin... :)


Nampak sedap..tapi tak bape sedap pun..


See.. 20% discount.


Kemaruk lagik~ wakakakaka

Saturday, December 15, 2007

Lelaki itu...

hehehe...
Mesti ramai tertanya-tanya nape laa post title aku di tgh malam ni macam tu...

Actualy...tak boleh tido la. Too much of thinking yang membawa kekeliruan dah gundah gulana. Nak tonton tv pun takde mood. End up, switch on my pc, kemas kini fotopages, jengah-jengah blog orang, sambil dengar lagu-lagu "Lelaki Itu" on my IMEEM's playlist. Lelaki itu? Siapa lagi kalau bukan anak bujang pak Zain tuh.

Rasanya aku bleh tak tido sampai pagi kalau dengarkan lagu-lagu dia nih. Kemaruk ker? hahaha. Tidak. I just a fan of him. Tak boleh lupa the moment when I talked to him on the phone. ARGHHHHHH...cair btul aku dibuatnye. 3 malam aku tido mimpi dia.. :P
Ngape laa dia ni tak kawen lagik? Tunggu sape lagik ni abang Anuar?

Waiting for my sis balik kerja. Selanye pukul 12.45 dah sampai rumah. Hari ni lambat sangat! Mesti ramai orang main bowling tak ingat nak balik tido. End up, susahkan orang lain jek. Huh!

Sebenarnya, aku kehabisan idea untuk create bunga dulang dan bunga pahar yang baru. Selalu envy dgn otai-otai yang boleh create design yg cantik dan meletup. Tapi kenapa laa susah sangat aku nak dapat idea baru ? Dush!

Most probably sebab aku sendiri dah jarang beli mags, kurang survey, dan kurang bersiar-siar melegakan otak. Dah nak dekat 2 bulan aku berada dalam situasi yang kurang stabil dari segala segi. Mungkin itu juga faktor yang sebabkan aku kurang idea baru. Paling teruk, aku bleh lupa hantar tempahan client. Memang teruk la. Nasib baik dia tak marah. Kalau tak..berasap telinga aku dibuatnya.

Tgh hari ni ade kenduri kahwin. Classmates kat MRSM Terendak dulu. Hopefully takde aral yang melintang perjalanan aku. Sebenarnya, macam segan nak pegi. Pasal ape? Aku salu rase rendah diri laa. Tak tau la. Maybe because of bentuk fizikal yang dah jauh sangat berubah kalau nak dibandingkan dengan dulu. How I wish I could recover from my illness. Dan ade jugak beberapa faktor lain yang tak perlu dibicarakan disini. Bicara? Ini bukan mahkamah laa....

Still waiting for Izzati ..
Haaa... dah balik pun...Safe and sound. I can stop now and go to bed.

Wednesday, December 12, 2007

HUH!!

Huh!!
Pernah tak korang rasa nak tampar muka sesorang??
Aku sedang mengalami perasaan yang macam tu sekarang.
I wish I can put on my hand on her face!!

Menggelegaknya darah aku bila tahan perasaan marah aku nih.

Bila aku cakap banyak, nanti orang benci aku. Tapi bila dibiarkan, melampau la pulak.
Natijahnya, aku sendiri yang sakit kepala, sakit jiwa, sakit hati.

Why can't u people just gimme a break???

Tuesday, December 11, 2007

My Picture Personality Result

I've done this test @ FACEBOOK

The result..some ok..some not ...


Temperament
Flexible
Nothing seems to bother you - you sail through life crisis free. It's not that your life doesn't have its ups and downs, it's just that you handle everything without unnecessary drama and antics. You approach each day fresh, not worrying about yesterday or tomorrow. You are confident that you can handle anything that comes your way and experience has shown that you are absolutely right about this.


Interests
Simple
You are continually pursuing a simpler and less complicated life - you don't allow yourself to fall victim to all of the "should do's" that society continually bombards you with. You are thoughtful about your life choices and think in terms of yourself, others and the world in which we live. You have a great sense that we are part of something much bigger and we must be good to others, if we want others and the world to be good to us.


Amusement
Thoughtful
You are easily stressed out and overwhelmed - you need to take care of yourself first and foremost. Because you tend to be self reflective, you know your limits quite well and must remember to not exceed those limits. When you overwhelm your life with obligations and responsibilities, you tend to shut down and go into yourself even further. Take some time to find your serenity and kick back your feet.


Passion

Emotional
For you passion is less about romance and sex - it's more about friendship and family. Strong emotional bonds and connections are your passion and your pleasure. You always let your loved ones know how much you love, respect and admire them. You do this through kind words, loving actions and simple gestures. You count your blessings each day and express your love openly. You expect the same from others.

how about u? give it a try!

Monday, December 10, 2007

Kemaruk!!!!

Anda tahu ape makna kemaruk ????
mengikut kamus dewan ..ade banyak maksud..tapi maksud paling tepat di sini ialah
~~ berbuat sesuatu dgn berlebih-lebihan kerana baru mendapat sesuatu (spt kepandaian, kekayaan dsb)

Aku skarang tgh kemaruk buat scrapbook. tapi bukan yg real tuh. yg virtual jek. pakai software.

abih semua folder dlm pc aku geledah nak carik gambau. tapi masalahnye, aku tak byk plak gambau yg cantik2. emm....

anyway...
let me share a few with ya!

p/s: click on the photo to enlarge












tambah skit lagik...

I'm using HP Photosmart Essential Software. Bleh buat macam-macam termasuk Scrapbook & Calendar.

Main software :HP Photosmart Essential
others (can be use integrated / or standalone software) -- by ArcSoft Print Creations
Download Link

Sunday, December 09, 2007

My Best Friend..

Meet my lovely friend...
MIKI FIRDAUS



Thursday, December 06, 2007

not in the mood



I'm not in the mood to update my blog ...

Catch ya later guys...

~~~~

Friday, November 16, 2007

entry saja2

aje-saje jek nih.
Takde point pun.
Mengisi kekosongan masa yang ada.

Tadi sibuk belek2 gambar yg ada dlm pc.Banyaknyeeee...
meh laa share skit2



my miki and pinkiy dini


buka puasa @ san fran ~ me & asma'


mmu alumni bowling tournament 2005 or 2006-tak ingat la...


raya at farah's hse


ninie & me


danish arfan


nur Afiqah Yasmin


long lost frens


my mom's b'day cuppies

sekian..

Wednesday, November 14, 2007

SMART Tunnel & Satu malam tanpa ASTRO

Boring..

Petang tadi (semalam) hujan sangat lebat.I was caught in the middle of KL. Arghhh....
Kluar dari Medan Tuanku @ 5.35 p.m. Sana sini jalan jammed. Sib baik bukan aku
yang drive.Huhuh. Cilok sane, cilok sini untuk pegi ke SMART tunnel. Tapi Jalan Tun Razak sgt jammed. Carik exit lain plak, nearby Times Square. Dlm hati cuak gak takut SMART tunnel tu tutup untuk air lalu. Luckily blum tutup lagik, but a few SMART's Staff dah ready nak tutup tunnel tu.

Dlm tunnel tu aku rasa lama sgt nak sampai to the other end. My fren yg drive dah buat lawak.. " kite kena laju nih,ko nampak tak ade air kat blakang tuh?"
"mana ade..ko ingat ni cite hollywood ker??" aku la yg jawab tuh. tapi aku cuak gak. mana laa tau kot2 diorang tersilap bukak pintu air masa kami2 ni tgh lalu dlm tuh...
hihihih..

Bila dah nampak cahaya dihujung tunnel tu baru laa aku rase lega.

Kluar tunnel tu aku tgk jam 6.25 p.m. Nak dekat satu jam carik jalan nak masuk tunnel tuh..padahal lalu dlm tu around 10 minutes jek. Syukur sangat ade SMART tunnel nih. kalau tak,confirm blum sampai rumah lagik..

Waktu perdana kat rumah,aler..ASTRO buat prangai. "Service currently not available" Emm., angin btul. Terpaksa laa layan TV biasa jek. Dahle aku hanya dpt RTM 1, TV3 & NTV7. Tak tau nak tgk cite ape lepas buletin utama, layan jek la drama Jelatang tuh. Tah ape tah cite tu langsung tak paham last2 aku terlelap. Sedar2 balik kul 1 pagi. Tak buleh tido dah kalau terbangun tengah2 malam nih. ASTRO masih tak ok lagik. Kena panah petir ke piring besar kat atas kondo nih? Sib baik internet connection ade, kalau tak aku dah plan nak merayau kat Downtown Bdr Tun Razak dah..
huhuhuhu

ASTRO..Macam-macam adaa?? Takdelaa nampaknye...

Monday, November 05, 2007

Oh lelaki!!

Oh lelaki..
Kenapa laa kau nak carik salah aku je?
Kau off handphone satu hari aku tak bising.
Tapi,
Bila aku off handphone sekejap ko dah cakap macam2.

Oh lelaki...
Macam laa hp batery kau tak pernah flat. Aku tak pernah cakap apa-apa pun bila kau bagi alasan " battery HP I flat"
Tapi,
Bila ko tak bleh reach aku sebab battery aku flat, ko tuduh aku pegi dating. huh!

Oh lelaki...
Kenapa kau suka nak carik salah aku ?
Kenapa kau susah nak dengar explaination aku ?
Kenapa kau suka buat-buat cerita yang aku tak buat?
Kenapa akuuuuuuu jek yang kena mengalah walaupun bukan aku yang salah ??

Oh lelaki...
Kalau kau tak suka aku cakap aje la.
Kalau kau dah boring dengan aku kau cakap jek laa..
Takl payah laa pusing cerita sana sini.

Oh lelaki..
Aku dah letih layan peel "childish" kau tuh.
Aku dah penat nak pujuk-pujuk.
Aku dah fed up !!

Oh lelaki..
Aku tgh fikir nak angkat kaki ...
hidup sendiri lagi senang..
Tak sakit kepala, tak sakit hati!

Saturday, November 03, 2007

Raya Part 2











kena sambung kan cerita raya nih ?
huhuhuh. malas laa plak ..
aku buh gambar jek laa ek ..
pandai2 laa buat cerita sendirik..
:)

Thursday, October 25, 2007

Raya , Raya , Raya

Menci laa aku ngan blog nih. Banyak hari tau try nak update tak buleh...dengki ngan aku ke ape? Orang lain update bleh jek . Abih kering kontang dah idea aku dibuatnye.

By the way, nak cite pasal raya. tapi malas nak type banyak-banyak la. kite buat cerita bergambar la ek .

Banyak gambar lupa nak snap laa..gambar kuih raya, ketupat, rendang..alerr..tension..nak kena tunggu raya haji la plak nih..

Ok la...
mula dengan malam raya. Kami standby tunggu org dtg takbir sambil gosok baju nak pakai di pagi raya + kemas2 ape yg patut



lepas takbir, makan le..

Pagi raya . aku tak tido langsung malam tu ..modified langsir ngan ayah aku ..+ kukus kek lapis ...sib baik pagi raya tu mata aku tak jadik mcm mata burung hantu
lepas brekafast pi solat raya kat tangga batu. bawak nenek aku skali. Penuhnye masjiddddd. lama plak tu nak settle .sengal lutut aku tau !

me and nenek

mommy

solat raya kat tangga batu abih lambat laa...lepas solat rush balik sg udang plak . sampai rumah tgk jiran seblah dah dtg bertandang dah. lepas diorang balik, kami pun mulakan sesi wajib pagi raya yg syahdu syahdan. salam ngan mak ayah mohon ampun maaf. ade la adegan air mata time nih. lepas tu amik gambar satu family. pakai self timer jek.


me, minta maaf dgn ayah


followed by my sisters and brother


My Family


My Parents


6 of us

Lepas tu kami pun rush balik rumah nenek kat tangga batu.


sampai jek kat rumah nenek, bergambar dulu


chit chat raya 2007


adik-adikku ...beratur for duit raya ..


my sweet cousin.. banyak dpt duit raya ker?


makan lagi..

ngantuk laa. To be continued..

Tuesday, October 09, 2007

Burung ape tu Nak ??

Korang mesti perasan tajuk blog aku tu aku cedok drp iklan raya yg tgh meletup2 kat TV skarang nih..
Iklan petronas. huhuh..1st time aku tingok aku tersentap.Kenapa? Sebab aku tau aku bukan anak yang baik sangat. Aku tau aku aku banyaaaakkkk sangat susahkan hati mak ayah aku. Aku selalu buat diorang risau dan aku selalu timbunkan diorang dengan berbagai-bagai masalah dan konflik. Dan aku akui, sejak-sejak aku dah byk umur nih, aku suka buat keputusan sendiri tanpa fikirkan orang lain. Dan akhirnya, semua tu memakan diri aku sendiri. Menyesal? Takde maknanye.

Aku merancang untuk bermula semula lepas Aidilfitri ini. Ramadhan buat aku banyak berfikir dan aku harap Aidilfitri yang akan datang bakal membawa sinar baru dalam hidupku.

Kepada semua pengunjung blog ini, Nina-syazna menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada coretan yang menyinggung perasaan kalian. Semoga bergumbira di Hari Raya.

Visual Poetry - ImageChef.com

Wednesday, October 03, 2007

Jangan Cepat Marah!!!

Jangan cepat marah . Macam lagu Aznil.
Aku pun selalu cakap dgn diri aku jgn cepat marah. Di penghujung Ramadhan ni aku dah gagal kawal rasa marah aku. Cepat sangat nak marah dan melenting. Isk. Benda kecik2 pun bleh buat aku naik angin. And some people punye perangai pun macam cabar2 jek suruh aku naik angin. Bila aku dah naik angin aku mula la nak cakap benda yang tah ape-ape dan nak hentak2 barang. Grrrr.....

Di saat ini aku dah agak cool sikit tapi aku masih fikir lagik apesal laaa aku cepat sangat nak marah nih? Letih ke? Tertekan ke? Aku rase aku kena masuk kelas Anger Management kalau aku tak bleh control jugak perangai buruk aku yang satu nih.

Monday, October 01, 2007

Ape saya buat sepanjang minggu lepas ??

Ape saya buat? Macam-macam ada...
Yang paling ketara sekali ialah sayan langsung TIDAK memasak untuk berbuka puasa dan sahur. Minggu lepas ialah minggu makan di luar. From monday till sunday (yesterday.

Kite mula dgn semalam (sunday). Semalam saya di Dewan Perdana Felda. Majlis berbuka puasa Ansara Serting. Bukannya makan sangat tapi seronot sebab dpt jumpa kawan-kawan dan senior masa skloah dulu. Majoriti yang ade semalam aku tak pernah jumpa since 1996. lama kan ? Ada yang tak kenal aku atas faktor2 fizikal aku iaitu :
1) Trademark aku dah takde (mole kat batang hidung"
2) gigi taring aku pun dah takde (thanx to braces)
3) Aku dah gumuk...Wakakaka..


Saturday.. Hari yg malas dan memenatkan. Lepas solat asar tido sampai pukul 6 lepas tu malas nak pegi pasar ramadhan beli makanan untuk berbuka puasa. Sudahnye, buka puasa dgn kurma dan air.Lepas solat maghrib keluar pegi makan Sate Hj Samuri @ Tmn Melati. Kuah kacangnye caiiiiirrrr, tak macam yg selalu. Pastu sataynye pun macam kurang perisa. Conclusion kurang puas hati. Jadiknye balik drp makan sate pegi tapau nasik goreng cili padi plak. Huhhuhuh


Friday... Hari yang malas nak keje.Kul 3ptg dah balik rumah dan tido. Sape suruh aku pegi sana sini ? Dah macam despatch plak aku nih. Oh ye. Hari ni saya berbuka puasa dgn kawan lama saya , Abg Izham. Brapa lama saya tak jumpa dia ? Ada la 8 thn kot. Lama kan?? Kami makan kat satu cafe di PJ, dekat ngan my old office di BCB (now CIMB Bank). Thanx for the treat.. :)

Khamis. Kawan-kawan or spesific lagik kroni2 saya di TM belanja makan sebab diorang semua dah naik gred. Alhamdulillah... Kami janji nak jumpa di Mid Valley, tapi nak makan kat mana..diorang tak bagi tau. Surprise konon. Tapi memang surprise laa sebab depa blanja makan @ San FRancisco Steak House! Huhuhu..puas hati makan buffet kat situ. Yang pasti, aku langsung tak makan nasik. Sibuk makan lamb chopped dan sushi. :). Tq frensss... Luv u all..

Rabu - Isnin . Saya tak ingat la saya makan kat mana dan makan ape. Yang pastinya, saya berbuka puasa dgn adik2 di kedai makan @ restoran. Bukan di rumah ..

Sekian.

Saturday, September 29, 2007

Entry Biskut Raya

Aku mengantuk tapi tak buleh tido.
Macam-macam plak yang aku pk.

Meh la nak share pasal persiapan nak raya (walaupun aku kalau bleh tak mo harung hari raya nih).

Weekend yang lepas balik rumah parents kat melaka. Mak sibuk dengan buat kuih sepit. 3 kilo tepung tuh. Tgk adunan yang banyak tu pun ade rase nak terbalik dah. Selalu aku rajin tolong mak buat kuih tuh tapi kali ni aku malas plak. Adik2 yang lain ade ramai kan bleh tulon.

So, aku dengan semangat waja dan berkobarnya buat laa satu jenis biskut cornflakes
yang agak mudah. Aku cedok resipi ni daripada forum. Ikut komentar ahli forum yg penah buat, biskut ni memang sodap. Dan aku pun dah cuba buat, rasanye memang sedap dan rangup. Blum ape2 lagik adik2 dah angkut bawak balik hostel.

So, let me share the recipe with you. Credit to pbongsu.

Biskut Cornflakes Rangup






Bahan2 :
2 1/2 cawan tepung kek a.k.a. tepung naik sendiri)
1 cawan gula halus
1 biji buttercup (250g)
Sebiji kuning telur
Satu sudu teh esen vanilla
Sekotak kellog's cornflakes (jgn guna brand nestle sbb dia tebal)

Cara2:
1. Pukul butter dan gula sampai kembang. (pakai senduk kayu jek, tak payah pakai whisker)
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati
4. Dlm mangkuk yg lain, masukkan cornflakes yang telah diramas kasar.
5. Jemput skit adunan tadi (dlm 1/2 sudu teh) dan bentukkan.
6. Golekkan dan tekan2 sikit adunan yang dibentuk dalam cornflakes dan susun atas dulang pembakar yand sudah di sapu mentega @ butter. Boleh letak dlm paper cup jika suka.
7. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit @ hingga kekuningan

Nota: Adunan agak lembut, oleh itu perlu dibentuk menggunakan sudu.
Adunan akan mengembang 2 kali ganda apabila dibakar dlm oven

SELAMAT MENCUBA!!!!

Tatkala jari menari dan hati berbicara ...

Segala yang tak mampu diucapkan , tertulis di sini...