
Ape ye nak tulis tadik?
Ala, lupa plak. masa sibuk update company profile tadi bukan main lagi fikiran aku menerawang macam-macam. Bila dah ada ditempat yang sepatutnya jadik blur plak.
Last week aku balik melaka dari hari khamis sampai ahad. Dah lama tak balik melaka jumpa mak ayah. Yg tak besnye adik2 yg kat hostel semua tak balik rumah. Next week baru depa nak balik. Jadinya sabtu ahad kami buat kunjungan hormat ke sekolah2 diorang tuh la. Bawak la skali nasi ngan lauk pauk utk makan tgh hari. Hari Sabtu pegi sekolah Awang kat Selandar. Kononnnye lepas tu nak gi "JomHeboh" tapi ayah malas nak pegi himpit2 ngan jammed nak rebut2 parking lagik.
Ahadnya plak pegi jenguk Ena ngan Mira kat Bukit Rambai. Dekat jek ngan rumah 10 minit dah sampai. Sama jugak macam agenda semalam, bawak food for lunch. aku sempat buat sardin pufff , yg mana we all sempat makan 2-3 ketul jek. yg lebihnya ena cepat2 bungkus masuk plastik. hahaha..dia memang suka makan menda tuh. Aku memang suka masak benda mengarut-ngarut cam puff, pudding, pasta, spagetti, atau kek. Tapi jgn suruh aku masak lauk..mesti aku mengelat. Boring aa masak lauk.
Lupa lak nak cerita. Hari Jumaat, daripada tengah hari sampai petang aku lepak dgn makcik kat Tangga Batu. Mintak tolong dia jahitkan hasil Ribbon Embroideries aku. Utk dijadikan shoulder bags. Kesian dia kena buli. Yg tak best tuh, bila bagi duit tak mo amik plak. Last2 letak jek duit tu dalam laci mesin jahit dia.
The other nenek (belah ayah) dah dapat maid baru. Dia kate better drp maid yg sebelum nih. Hopefully dia tak fussy sgt sampai budak tu jeran nak keje ngan dia. (u all faham tak ape maksud jeran ? )
Haa..alhamdulillah, pokok buah-buahan kat rumah sedang sarat berbunga. Insya-Allah kalau jadi, sakan laa makan durian, rambutan ngan pulasan tahun nih.. :)
p/s : gambo trifle di atas adalah untuk meggantikan gambo puff yg telah dikidnap sebelum sempat di snap gambonye.takde kaitan pun dgn post kali ini.huhuhuh