Saturday, November 15, 2008

Alone ..again and again...



Lamanyaaa tak update blog nih ..

Aku sendiri pun rindu dgn blog aku sendiri. I wish to write in here every day, but faham2 je laa. kat office takde internet. kat rumah aje laa kalau nak online pun. tapi balik rumah badan dah letih. kalau sempat mandi tu pun dah cukup baik. kadangkala mandi pun tak. letak badan atas katil, esok pagi baru aku sedar balik. teruk kan ?

keje aku tak berat, bukan kena angkat batu pun. tapi semua pun rush. fed up btul. semua nak siap cepat. report itu, report ini, tambah lagik dgn projek SC yg baru nih. lagi sakit otak. luckily, hari ni dah settle invoice utk semua tenant baru. Alhamdulillah. back to normal work la. tapi still byk nak kena tengok jugak. Boss aku plak duk hambat kami buat itu ini. dia kena audit, paham2 jek la. Yang tak puas hati tu, cases for the past few years kami plak kena settlekan Bengganggggggggggggggggggggggggg tau!!!!

system plak makin hari makin hampeh. slow tu satu hal. and we find out that its not suitable with current condition now. the system cannot support the total 17 shopping centers managed by us. demam.kalau sistem sakit, kami semua laaagi sakit.

stop laa cite pasal keje yg boring nih. sampai thn depan pun cite tak abih. huhuh

Semenjak 2 menjak ni, perasaan aku berbaur. tak tau nak cerita macam mana la. aku harapkan ada orang akan faham..masalahnya, "insan" itu macam tak paham. should I proceed further or aku biar jek ? kalau aku proceed further, orang kate aku terhegeh2 plak. kalau nak biar jek, alahai sampai bila laa pulak. umur aku bukan makin skit. thn depan dah nak masuk 3 series pun. huh! nasib baik jugak laa aku bz bagai nak rak. kalau tak mesti aku sakit kepala fikir pasal menda nih. Namun, bila aku keseorangan, macam malam ni, mula la aku fikir macam-macam. Hakikatnya, aku seorang perempuan. Susah jugak jadi perempuan. Sebab selalunya lelaki lebih bebas membuat pilihan. Even perempuan pun boleh memilih (atas sebab terlalu memilih la aku end up macam nih :( ) tapi sebenarnya pada peringkat akhir lelaki jugak yang akan membuat pilihan. Dan keputusan itu kadangkala membahagiakan dan kadangkala ia amat menyakitkan. Aku sendiri dah banyak melalui episod luka dan menyakitkan dan sebolehnya aku tak nak terluka lagi. Tapi nampaknya, semua masih dalam kesamaran. Hampa lagi ? Entahlah...

Sekiranya aku terpaksa mengharungi episod duka sekali lagi, mampukah aku ? Dulu aku cukup kuat walaupun sebenarnya dalam hati aku menangis hiba. Tapi aku rasa this time, andaikata episod duka itu bakal berulang, aku tak tau samada aku mampu sembunyikan perasaan sebenar. As I mentioned before, aku sekarang saaaaaangat fragile. I really miss the old me !

On the other hand, I feel that someone that close to me, (too surprise the person is from my own family) try to back stab me. Semuanya membuatkan aku rasa sungguh tak berdaya dan keliru. Memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. But I just hope that people can understand me a little bit more. Mungkin ada orang lebih suka melihat aku terumbang ambing tanpa arah dan haluan. Or they try to drag me on the right track, but the method is definitely wrong.!

Sekiranya telah tertulis aku akan menyusur hari yang mendatang sendirian, aku pasrah.



"Biar luka menyiksa jiwa...Biar kasih tak kunjung tiba...
Kerna pada hakikatnya, aku hanya insan biasa..."

Sesungguhnya, kasih pada Allah dan Rasul adalah kasih yang hakiki...

2 comments:

Anonymous said...

Dear Mas,

Tabahkan hati mu.. bersangka baik dgn ketentuan-Nya.. Be strong k babe! I'm here for you.. taknak tgk ko shedih2 camnih :(

-ninie

Anonymous said...

hai nina....

wassup nie..sorry akak dah lama tak contact nina...am so sorry sbb dah terabaikan nina....nape ni dik...baru2 ni akak ada mintak no tepon nina ngan anji...sbb tepon akak dah kena curik..abis sume nombor ilang...plz..talk to me k...