Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Ikhlas,
nina-syazna

Sunday, September 13, 2009

Addicted

I'm addicted to this ....



Monday to Thursday
6.00 - 7.00 p.m
Astro Prima - 105

Friday, September 11, 2009

Meletup ...

Hari ni aku nak cerita pasal meletup.

Kat area rumah ku di Bdr Sri Permaisuri ni, ade satu gerai makan namanya "SUP MELETUP"
Aku tak pernah plak tanye ngape diberi nama mcm tu. Tapi jangan risau le, sebab tak pernah plak aku dgr ade kejadian meletup kat situ. Tambah ramai orang datang makan kat situ lagi ade la. Especially kalau lepas pukul 8 malam. Amboiii dot net. Nak carik seat pun susah. Sudahnye, tapau aje. Tapi bila tapau tak feel la plak.

Anyway, hari ni dalam rumah aku ade 3 kejadian meletup. Aduyai. Dah le sorang-sorang kat rumah masa tuh.

Kejadian 1
Rice cooker : Masak nasi untuk buka puasa laa ni. Duk layan tv,sedar2 pukul 6.30. Dah le keciwa sebab lupa lak hari ni takde Wadi Unung. Masak nasik dulu lah. Bila aku on switch, tak menyala laa plak lampu kat periuk tu. Aisey..Rosak kah? aku off, pas tu cabut wayar dia, sambung dan on semula. Tetiba..aku dgr letupan yg agak kuat laa gak. Em, memang sah jahanam periuk nasi aku. Sudahnye, masak nasi ala manual jek. Sib baik tak hangit sebab aku leka tgk tv lagik.


Kejadian 2
Electric kettle: Dalam kepala dah terbayang nescafe pekat yang panas. Dan dengan semangat wajanya aku isi air dlm kettle, dan switch on. A few minutes later, aku dgr sesuatu meletup. Kuat, cukup buat aku terperanjat dan menjerit sebab terkejuts. Serentak dgn itu, rumah aku pun blackout. Haiya, nak buka puasa ni black out plak. Sudahnye hari ni takde nescafe, cuma ade sirap limau jek.

Kejadian 3
Goreng ikan : Sian tgk ikan keras kejung dlm freezer takde orang nak masak dia. Terlebih rajin la konon, aku defrost ikan tu, pastu marinate dia. Panaskan minyak dan ready utk digoreng. Pastu aku pegi hall jap utk tukar channel tv. Buat kali yg ke-3, aku dgr bunyi meletup lagik. Haiya...ape plak nih?? Ape yg buatkan bunyi tu. Memang dtg dari dapur la. Bila pg tgk, dah ade kesan minyak splash kat jubin dinding dan lantai dapur. Em..memang sah le tuh. Sib baik aku takde dekat2 ngan kuali tuh. Kalu tak mesti aku kena skit percikan minyak panas. Tak pasal2 kena cuci lantai dapur. Bertuah punye ikan.


Mengapa yek begini? adakah sebab aku mungkir janji nak balik melaka hari ni tapi aku still lepak kat kl lagik? Huhuhuh.. Sendiri mau ingat lah.

nota kaki :
Budak-budak kat playground ni asyik main mercuuuuun jek. Aku dah letih nak dgr bunyi meletup sane-sini.

Sunday, September 06, 2009

Izzati...

Sepatutnye entry ni aku post last week lagik, tapi sebab takde gambar nak attach, mcm tak syok plak nak cerita tanpa gambar. Sat lagik orang boring plaks.

My sister skarang ade di Hamburg, Germany. Tak lama, setahun saja. Tapi cukup untuk buat kami2 yang tinggal kat sini rindukan dia sebab dia sangat bising!

Here's the pixs, at the KLIA, pada malam merdeka yang lalu...


Ezaty....


Ezaty and cuppies


Close up cuppies.
"Wir werden dich vermissen" = We will miss you, Ezaty...


US!

Hugssss



Bye semua...

Thursday, September 03, 2009

Mungkir Bahagia..




Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
‘Tuk mengungkap rindu

Sayangku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Kukesali

Dihanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku


Sayangku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Kukesali

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia


** This is about me, 8 years ago ...

Mie, hanya kau yang mengerti...

Wednesday, September 02, 2009

Photos...

Aktiviti kemas rumah masih berjalan setelah cuti beberapa hari. huhuhu.
Hari ni kemas mini library yg mana byk khazanah kat dalamnye dah boleh hantar pegi scrap.
Kemas punye kemas, terjumpa satu album kecik. Ade byk gambar dalam tu. Tapi yg menarik perhatian adalah 3 gambar berikut ;



Gambar masa kecik nih ...aku rasa umur aku 3 thn..adik aku lak 2 thn. Gambar di rumah nenek @ Tangga batu



Dua gambar di atas @ MRSM Serting. With Emek & Juli. Masa ni amik result SPM.
Masih mampu senyum walaupun result aku hampeh sebenornye. On the way balik ke Melaka, aku nangis jek dalam bas.


Yang ini pulak, gambar dalam simpanan kekasih lama ku...hahahaha.
Aku sendiri takde save gambar ni..thanx anyway ....

Me @ the age of 20. huhuhuhuhuh...

Itu saja yang aku rajin nak scan. Len kali kalau aku rajin aku scan lagik ek. Nak tgk CSI.